icon-search
icon-search
  • Examo500.jpg

Examo CKM 500

RM 56.00
Examo CKM 500 Ratings: 0 - 0 votes
- +
icon-bag Add to Cart
Home

PRODUK

Examo merupakan persediaan homopati khas untuk minda. Sejak 1978 lagi, produk ini telah menjadi pilihan terutamanya kepada para pelajar yang ingin menajamkan lagi daya pemikiran mereka supaya mudah belajar dan mengingati segala yang mereka pelajari. Produk-produk Examo mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Permulaan Examo

Imam al-Ghazali telah mengkaji fungsi otak hampir sembilan ratus tahun dahulu. Beliau telah mengenal pasti lima fungsi utama otak. Menurut kajian beliau, pada otak berlakunya beberapa aktiviti seperti ingatan, visual, perasaan, sintesis dan daya fikir.

Dr. Hussein Nabil Hasyim, pakar bedah dari Universiti Iskandariah menegaskan fungsi otak sebagai fungsi utama badan. Di sinilah tempat akal dengan fungsi tertinggi berfikir, merenung, mengatur dan mengendalikan fungsi kehidupan manusia.

Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "orang yang cerdas otaknya ialah orang yang tunduk dan beramal untuk akhiratnya. Orang yang lemah otaknya ialah orang yang suka mengikut hawa nafsunya kepada perkara-perkara yang tercela".

Dalam agama Buddha, konsep penerapan akal fikir juga turut diamalkan melalui kaedah meditasi (penyucian jiwa). Begitu juga dengan agama-agama lain yang banyak menggunakan konsep akal fikir yang tersendiri.

Menurut 'World Book', kesihatan mental dan fizikal berkait rapat. Kesihatan mental mempunyai peranan penting dalam kedua-dua cara manusia bertingkah laku dan cara mereka merasa. Menurut Sheila Ostrander dan Lynn Schroeder buku 'Super Learning 2000' makanan boleh meningkat kecerdasan, menguatkan ingatan dan menguatkan daya keupayaan pembelajaran.

Oleh itu untuk mendapatkan daya berfikir yang aktif dan kreatif, otak mestilah diberikan bahan makanan yang sesuai. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut dan merujuk kepada nutrisi sel Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, telah mendorong Prof. Dr. Azizan Haji Ismail seorang pakar pemakanan kesihatan tempatan untuk merumus nutrisi biokimia yang dikenali dengan nama EXAMO CKM 500.



Cara Examo Bertindak

EXAMO CKM 500 bertindak empat cara iaitu:

1) Mencerdaskan akal
EXAMO CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana is membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat yang dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang bodoh.

2) Menguatkan ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya dan tenaga boleh dikuatkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Shuessler menunjukkan enam jenis garam tisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof. Dr. Azizan Hj Ismail, tiga garam tisu biokimia memadai iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat. Rumusan istimewa ketiga-tiga garam tisu ini terdapat di dalam EXAMO CKM 500.

3) Menambah Tenaga Mental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, is boleh dijanakan kembali daripada tindak balas kimia, sama seperti "rechargeable battery". Tenaga kimia yang terhasil dan tindak balas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus. EXAMO CKM 500 mempunyai ciri-ciri keperluan proses elektrokimia.

4) Mendatangkan ketenangan
Bagi mereka yang menduduki mana-mana peperiksaan atau ujian memang berperasaan tidak tenang. Biarpun membaca nota dan buku, namun orang yang tidak tenang tidak dapat mengingati pelajaran malah wujud perasaan lain seperti resah gelisah sehingga menimbulkan rasa takut dan hilang keyakinan diri. EXAMO CKM 500 dapat mengurangkan serangan panik menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
 



Examo Boleh Membantu Anda

Sama ada anda seorang bayi (boleh ke anda membaca posting ini :-) ), seorang pelajar, dewasa atau warga emas, Examo boleh membantu anda:

01 - Mencerdaskan Akal
02 - Menguatkan Ingatan
03 - Menguatkan Daya Berfikir
04 - Menenangkan Fikiran
05 - Menambahkan Konsentrasi
06 - Menimbulkan Minat Belajar

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings


Write a review

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.