icon-search
icon-search

PENGENALAN ILMU PERUBATAN HOMEOPATHY

Saya mulakan penulisan artikel ini dengan memperingati allahyarham Prof Dr Azizan hj Ismail sebagai guru utama yang memperkenalkan saya kepada bidang perubatan Homeopathy dan sebagai sumber utama kepada artikel homeopathy yang akan dikeluarkan, segala manfaat dan kebaikan yang diperolehi dari artikel-artikel yang akan dikeluarkan adalah kembali kepada beliau.-Al-Fatihah

Permulaan diawal Dr azizan memberikan petua dalam menuntut ilmu perubatan homeopathy sehingga berjaya, ringkasannya.

  1. Jangan udak hadir kelas kecuali uzur syarak
  2. Mestilah makluamkan ketidakhadiran jika uzur
  3. Mesti mengikuti kelas jika ingin membuat rawatan.
  4. Teguhkan semangat untuk belajar
  5. Tekun dan bertanya jika mempunyai masalah
  6. Berdoa “rabbi zidni ‘ilman
  7. Patuhi segala arahan

Dan pesanan beliau “JADIKAN ILMU INI UNTUK MENINGKATKAN KEBAKTIAN DAN IBADAH SAMBIL BERSYUKUR DAN TAWADDUK KEPADA ALLAH. SEMOGA ALLAH MEMANDU KITA DI JALAN YANG BENAR DAN MENCURAHKAN RAHMAT DAN HIDAYATNYA KEPADA KITA SEMUA.”

PENGENALAN ALAM PERUBATAN.

Bidang perubatan adalah satu bidang yang amat sulit untuk di pelajari dan untuk di fahami kerana telah disusahkan dengan terma-terma perubatan yang sulit (medical jargon) , sebagai seorang homeopath apa yang penting untuk kita mendalami dan fahami adalah apa yang diperkatan oleh pesakit tersebut berbanding terma perubatannya. Diagnosis adalah penting tapi kefaham tentang symptom-simptom yang di berikan oleh pesakit adalah lebih penting bgi homeopath. Sebagai contoh didalam buku Dr Richard Mackarness “Not All In The Mind” terdapat seorang pesakit yang di diagnos dengan beberapa diagnos oleh pakar : schizophrenia, schizo-affective psychosis, prensenile dementia, temoraral lobe epilepsy serta neurotic depression and anxiety hysteria. Tak tahu yang mana diagnos yang tepat. Dari segi psikologinya ada pesakit yang gembira jika tahu nama penyakitnya, ada yang cemas dan takut sehingga boleh membuatkannya melarat dan membawa kepada masalah psikosomatik. (keadaan perasaan yang membawa ganguan kesihatan fizikal)

4194BK67ZML._SX295_BO1,204,203,200_.jpg

Dalam sebuah hadis: “Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila padan ubat dengan penyakitnya, maka sembuhlah ia,dengan izin Allah”

  1. Setiap penyakit ada ubat
  2. Kesembuhan ada 2 syarat -  ubatnya tepat dan dengan izin allah.

Kaedah homeopathy adalah mencari ketepatan antara sakit, pesakit dan ubat (Prinsip ini dinamakan Similia Similibus Curentur) dan jika tepat ubatnya maka akan sembuh jika dengan izin Allah. 

SEJARAH PENEMUAN SISTEM PERUBATAN HOMEOPATHY

Menurut beberapa pendapat perubatan mejadi sebuah bidang ilmu sejak zaman Luqman al hakim lagi. Malah dalam masyarakat melayu bomoh dikatakan berasal dari Luqman Al hakim. Dibenua indo-pakistan “Hakim” digunakan sebagai gelaran bagi seorang pakar dalam bidang perubatan. Mungkin penggunaan istilah ini ada kaitan dengan gelaran “al hakim”.Tidak dapat dinafikan lagi orang islamlah antara pelopor dan penyumbang terbesar dalam bidang perubatan dan menjadi asas kepada perkembangan perubatan di benua Eropah. 

luqman-2.jpg

luqman.jpg

Bidang perubatan ortodoks tidak mempunyai asas dan prinsip. Amalan perubatan hanya diperturunkan dari generasi ke generasi dan menokok tambah mengikut fahaman pengamal berkenaan. 

Pada peringkat awal fahaman perubatan dan kesihatan berbaur dengan jenis tahyul dengan fahaman penyakit adalah disebabkan pengaruh bintang-binang tertentu cakerawala dan langit serta semangat jahat yang mengganggu dan pesakit dirawat dengan memulihkan semangat, ada yang berpandangan disebabkan langgar pantang dan perlu adanya korban dan kembali menjaga pantang larang.

Kemudian timbul anggapan yang semakin moden dimana penyakit berasal dari darah yang kotor maka penyembuhan adalah melalui pendarahan (bleeding). Ada pula pendapat berkeaan kekurangan zat –zat tertentu menyebabkan penyakit dengan itu mengambil zat-zat tertentu untuk kesembuhan, namun tiada had tertentu pengambilan sehingga dos mega dan boleh menyebabkan kadang-kadang terjadi penyakit dari pengambilan zat yang berlebihan contohnya hipervitaminosis. Dan paling popular pada zaman sekarang penyakit adalah berpunca daripada kuman dan jika haspuskan kuman penyakit akan sembuh, akibatnya pelbagai antibiotic di hasilkan dan kuman makin membiak dengan jelmaan kuman baru dan terjadi rintangan antibiotik.(link) Fahaman tentang sakit dan penyakit ini akan terus berkembang seiring dengan perkembangan ilmu perubatan dan akan muncul lagi pelbagai punca sakit dan penyakit yang baru.

Jika direnung semua pendapat tersebut ada juga kebenaran pada sesetengah pendapat tersebut, akan tetapi tiada satu prinsip dan panduan yang lengkap dan teguh dan sifatnya sering berubah untuk sampai kepada kesembuhan. Kerana tidak berpuas hati dengan anggapan dan pendapat tersebutlah maka Dr Samuel Hahnemann berusaha mencari dan membenuk satu sistem perubatan yang dikenali sebagai homeopathy menjadi suatu seni dan sains pengubatan yang berkesan, namun demikian beliau sendiri tidak pernah mengakui bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya menemui perubatan ini kerana sebenarnya perubatan ini sudahpun diamalkan tetapi dengan cara dan nama yang sikit berbeza.contohnya seperti catatan dibawah

the-journeyer.jpg

Catatan.jpg

Sambungan artikel akan datang akan membincangkan - hukum keserasian

BANNER-NOTA.jpg

MAZ HOMEOPATHIC CENTER KUALA LUMPUR BANDAR TASIK SELATAN

WAKTU OPERASI

AHAD HINGGA JUMAAT

JAM 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

Saya akhiri artikel ini dengan video lagu ciptaan allahyarham Prof Dr Azizan Hj Ismail- MINDA JAYA!!



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.