icon-search
icon-search

MAZ HOMEOPATHY CENTER


MAZ HOMEOPATHIC CENTER

Ditubuhkan pada 4 Januari 2019 kami menawarkan perkhidmatan Perubatan Homeopati iaitu perubatan komplementari yang merawat secara Holistic atau menyeluruh dari segi fizikal dan mental. Termasuklah spiritual. Bagi mereka yang ingin menjaga atau menambah baik tahap kesihatan, kami juga menawarkan produk penjagaan kesihatan yang sesuai kepada semua golongan dan usia.

Misi :

Memperkenalkan produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara total melalui perubatan komplementari dan secara alami. Memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Visi :

Menjadikan MAZ Health & Beauty (M) Sdn Bhd sebagai pengeluar produk dan servis perubatan komplementari sebagai pilihan utama untuk semua peringkat umur serta dikenali diserata pelusuk dunia.

Menyediakan produk halalan toyyiban dan selamat serta boleh diterima semua.

Objektif :

Memperkenalkan produk dan servis perubatan komplementari yang diterima umum.

Menarik individu untuk turut serta bersama memasarkan produk MAZ Health & Beauty (M) Sdn Bhd dan menjana ekonomi negara.

KAEDAH RAWATAN

Secara ringkasnya, kaedah perubatan Homoepati mendekati masalah pesakit adalah melalui pendekatan Simptomatologi serta bantuan dari diagnosis klinikal. Uniknya perubatan ini adalah setiap pesakit dirawat secara keseluruhan. Bukan terhenti pada tahap fizikal sahaja, malah pesakit diteliti hinggalah ke tahap minda dan sejarah keluarga. Inilah yang dikatakan merawat pesakit dan bukan hanya merawat penyakit.

FALSAFAH
Setiap perubatan boleh dikatakan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Perubatan Homeopati memegang teguh konsep 'Similia similibus curentur' yang membawa maksud 'Yang serupa menyembuhkan'. Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

" Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla" - (Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair)

SAINTIFIK
Bagi setiap ubat homeopati yang digunakan, ianya telah dibuktikan keatas manusia itu sendiri dan telah dijalankan keatas haiwan.

SELAMAT
Proses penghalusan ketika penyediaan ubatan telah berjaya menghasilkan ubatan homeopati yang selamat. Remedi Homeopati juga telah dikecualikan dari Akta Racun 1952.

BERKESAN
Sejak lahirnya perubatan ini pada tahun 1969 oleh Dr Samuel Hahnemann. Pelbagai persoalan timbul mengenai keberkesanan perubatan ini. Namun, Sepanjang lebih 200 tahun, semua persoalan  ini sentiasa dijawab dengan sembuhnya pesakit dan dengan kajian yang lebih mendalam.

MAZ HOMEOPATHIC CENTER KUALA LUMPUR BANDAR TASIK SELATAN

WAKTU OPERASI

AHAD HINGGA JUMAAT

JAM 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

018-953 4737



Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.