icon-search

HOMEOPATHY DI MAZ HOMEOPATHY CENTER

HOMEOPATHY DI MAZ HOMEOPATHY CENTER

Saya mulakan penulisan artikel ini dengan memperkenalkan allahyarham Prof Dr Azizan hj Ismail sebagai guru utama yang memperkenalkan saya kepada bidang perubatan Homeopathy dan sebagai sumber utama kepada artikel homeopathy yang akan dikeluarkan, segala manfaat dan kebaikan yang diperolehi dari artikel-artikel yang akan dikeluarkan adalah kembali kepada beliau.

dr-azizan-homeopati-berjaya.jpgdr-azizan-salindah-set-bersalin.jpg

DR. AZIZAN ISMAIL: PENERAJU KEUSAHAWANAN PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
 [Malaysian Homeopath and Entrepreneurs : Dr. Azizan Ismail (1949 – 2007)]

Dr. Azizan merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai 11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai usahawan.

Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura. Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.

Beliau telah terpilih untuk mempelajari ilmu pengilangan ubat homeopati di negara Jerman dengan tajaan biasiswa oleh Unit Penyelarasan don Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1984.

Beliau pernah membawa rombongan pengamal homeopati membuat lawatan sambil belajar ke Eropah pada tahun 1985. Dalam lawatan itu, banyak makmal, kilang dan farmasi homeopati yang dilawati termasuk Welada Lab Ltd., Nelson Pharmacy dan Boiron Laboratories.  Lawatan itu bukan saja membuka jalan baru dalam kerjaya beliau malah memberi banyak input kepada sekalian rombongan yang mengikuti beliau. Beliau juga pernah dilantik sebagai wakil tunggal Liga Medicorum Homeopathica Internationalis (LMHI) di Malaysia.

Tak lupa juga tokoh-tokoh lain yang banyak memberikan ilmu dan galakkan kepada saya dalam bidang perubatan homeopathy seperti Presiden kusda holding Prof Dr Hamsiah ismail, pengarah urusan Era Edar Dr Hj Jamaluddin b Mat Piah tak tak dilupakan juga Assoc Prof Dr Ibrahim Mushker dari kolej university sains perubatan cyberjaya(CUCMS) serta pensyarah pensyarah yang mengajar disana.

11224776_105598033114645_2531298697133418014_n.jpg

Homeopathy dan pengiktirafan antarabangsa

Homeopathy adalah satu sistem perubatan yang diiktiraf oleh badan kesihatan dunia world health organization (WHO) sebagai salah satu cabang sistem rawatan traditional dan komplementari/alternative.(link)

WHO juga telah melancarkan “WHO Traditional Medicine Strategy 2014-2023”

“WHO Traditional Medicine Strategy 2014-2023 will help health care leaders to develop solutions that contribute to a broader vision of improved health and patient autonomy. The strategy has two key goals: to support Member States in harnessing the potential contribution of T&CM to health, wellness and peoplecentred health care and to promote the safe and effective use of T&CM through the regulation of products, practices and practitioners. These goals will be reached by implementing three strategic objectives: 1) building the knowledge base and formulating national policies; 2) strengthening safety, quality and effectiveness through regulation; and, 3) promoting universal health coverage by integrating T&CM services and self-health care into national health systems”(link)

WHO juga ada mengeluarkan buletin berkenaan mengintergrasikan homeopathy ke dalam sistem perubatan, bertajuk Policy and Practice Integrating homoeopathy in health systems.(link)

Badan organisasi professional antarabangsa yang di iktiraf oleh badan dunia tersebut (WHO) adalah Liga Medicorum Homeopathica Internationalis (LMHI) yang mana badan ini mengumpulkan lebih daripada 800 persatuan yang diktiraf oleh kerajaan tempatan diseluruh dunia sebagai ahli, termasuklah kolej university sains perubatan cyberjaya dibawah fakulti perubatan traditional dan komplementari bidang homeopathy di Malaysia.(link)

Homeopathy di Malaysia

Bagi kerajaan Negara Malaysia sistem perubatan homeopathy berada dalam sistem perubatan Malaysia di bawah Bahagian Perubatan Tradisional Kementerian Kesihatan (BPTK) Malaysia (link)

BPTK telah membuat satu dasar Dasar perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) (link) dan AKTA PT&K 2016 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari serta menubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia(link). Majlis PT&K yang akan mengendalikan badan pengamal dibawahnya termasuklah homeopathy. Badan pengamal bagi homeopathy di kenali sebagai Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia(MPHM)(link)

MPHM selaku badan pengamal yang dilantik oleh BPTK khusus bagi mengawal selia pengamal homeopathy di Malaysia, setiap pengamal homeopathy wajib berdaftar dengan MPHM bagi mempraktikkan amalan perubatan homeopathy di Malaysia, selain itu MPHM juga menjadi sebagai sumber rujukan bagi sistem dan perkembangan homeopathy di Malaysia(link)

Antara kejaayaan MPHM adalah kerjasama dengan kolej university sains perubatan cyberjaya CUCMS sehingga wujudnya kursus ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang perubatan homeopathy.Sehingga sekarang sudah sudah 10 “batch” (link) telah bergruadasi dan mendapat ijazah sarjana muda dan telah membina kerjaya sebagai pengamal homeopathy yang professional, dan lebih membanggakan telah terdapat calon Ijazah Sarjana Sains (Homeopati) melalui Penyelidik di Malaysia, Nik Nur Syazwani Binti Rosli. Tajuk penyelidikannya adalah "Homeopathic Streptococcinum and Pneumococcinum in Treating Streptococcus Pneumoniae Infection in Mice ". Beliau berasal dari Kumpulan Kohort Pertama (Pioneer Batch) BHMS 2010 @ CUCMS, sekarang lebih ramai penyelidik dari luar Negara datang membuat kajian di CUCMS malah ada yang berminat membuat kajian di peringkat Doktor falsafah. Tidak lama lagi kita akan saksikan lebih banyak kajian serta jurnal saintifik tentang homeopathy yang akan di terbitkan oleh universiti tempatan di Malaysia.(link)


Sebagai pengamal homeopathy di Maz Homeopathic Center dan alumni gruadasi CUCMS saya berharap dapat memberikan sedikit sumbangan bagi mengembangkan perubatan homeopathy di Malaysia, insyaallah saya akan cuba memberikan penerangan tentang homeopathy melalui blog ini.

Sebagai sumber rujukan jika ada yang ingin mengetahui tentang rawatan homeopathy boleh terus menghubungi saya.

MAZ HOMEOPATHIC CENTER KUALA LUMPUR BANDAR TASIK SELATAN

WAKTU OPERASI

AHAD HINGGA JUMAAT

JAM 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

018-953 4737

Saya akhiri artikel ini dengan video lagu ciptaan allahyarham Prof Dr Azizan Hj Ismail- MINDA JAYA!!




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping